Memahami kedukaan dan daya tindak mangsa tsunami di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Authors

  • Zulkifli Bin Hussain Majlis Amanah Rakyat, Pulau Pinang
  • Nor Shafrin Binti Ahmad Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.22219/procedia.v3i1.2188

Abstract

Artikel ini membincangkan kedukaan dan daya tindak mangsa bencana tsunami yang terbina akibat kejadian bencana alam yang dasyat. Temu bual bersama seorang mangsa tsunami telah dijalankan bagi memahami emosinya setelah sedekad kejadian tsunami berlaku. Perbincangan merangkumi
senario kejadian tsunami dan pemikiran yang akhirnya membentuk kedukaan emosi mangsa. Penulisan ini akan menggunakan Model Lima Tahap Kedukaan (The Five Stages of Grief) yang telah diperkenalkan oleh Elisabeth Kubler-Ross (1969) serta Model Daya Tindak oleh Kelly dan Sullivan (1992) sebagai model bagi menghuraikan emosi responden. Artikel ini diharap mampu menghuraikan kesan emosi mangsa tsunami dari aspek psikologi serta menjawab persoalan bagaimana seorang mangsa tsunami keluar dari kedukaan yang berlaku akibat musibah yang berlaku. Pemahaman kepada konsep kedukaan dan daya tindak akan membantu seseorang untuk menerima dengan positif setiap cabaran kehidupan yang sedang dan bakal dilalui.


Kata kunci: Daya tindak, tsunami, kedukaan, kesan emosi

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

How to Cite

Hussain, Z. B., & Binti Ahmad, N. S. (2015). Memahami kedukaan dan daya tindak mangsa tsunami di Batu Ferringhi, Pulau Pinang. Procedia : Studi Kasus Dan Intervensi Psikologi, 3(1). https://doi.org/10.22219/procedia.v3i1.2188