Kemahiran Daya Tindak Remaja Ponteng

Authors

  • Rohani Che Hashim Universiti Sains Malaysia
  • Marini Kasim Universiti Sains Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.22219/procedia.v3i1.2219

Abstract

Ponteng sekolah merupakan sejenis perbuatan salah laku yang paling popular dalam kalangan remaja di sekolah bagi mengatasi tekanan hidup yang berlaku dalam kehidupan mereka. Salah laku ponteng senantiasa menduduki tangga teratas dalam senarai salah laku di sekolah. Golongan yang terlibat dengan salah laku ponteng adalah remaja. Kajian mengenai ponteng membuktikan remaja ponteng mengalami tekanan hidup.Tekanan hidup remaja berpunca dari beberapa faktor yang telah dikenal pasti. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan tahap penggunaan kemahiran daya tindak remaja ponteng bagi menghadapi tekanan yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini akan membincangkan dapatan yang diperoleh daripada kajian yang telah dijalankan terhadap 100 orang remaja ponteng di sekolah. Inventori Kemahiran Daya Tindak dalam Keadaan Ketegangan (CISS) telah digunakan bagi mengenal pasti jenis kemahiran daya tindak yang digunakan oleh remaja ponteng jika berlaku tekanan dalam kehidupan mereka. Dapatan kajian menunjukkan remaja ponteng menggunakan tiga jenis kemahiran daya tindak iaitu kemahiran daya tindak orientasi tugas (OT), kemahiran daya tindak orientasi emosi (OE) dan kemahiran daya tindak orientasi pengelakan. Keputusan kajian membuktikan tahap penggunaan kemahiran daya tindak dalam keadaan ketegangan remaja ponteng berada pada tahap sederhana sahaja. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu individu yang signifikan dengan remaja ponteng menjalankan intervensi yang sesuai untuk mereka.

Kata kunci: kemahiran daya tindak, tekanan hidup, remaja, ponteng

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

How to Cite

Hashim, R. C., & Kasim, M. (2015). Kemahiran Daya Tindak Remaja Ponteng. Procedia : Studi Kasus Dan Intervensi Psikologi, 3(1). https://doi.org/10.22219/procedia.v3i1.2219